Sabtu, 3 Oktober 2009

Seminar Kenegaraan 1 Malaysia Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat-Pusat Pelajaran Malaysia Barat (Cawangan Negeri Pahang)

02 & 03 Oktober 2009 (Jumaat & Sabtu), Seminar Kenegaraan 1 Malaysia Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat Pusat Pelajaran Malaysia Barat (Cawangan Pahang) telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN Pahang) ,Beserah , Kuantan. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pejabat YAB Menteri Besar Pahang dengan Kerjasama Pasukan Pelaksana GSPS Pahang. Peserta terdiri daripada Ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat Pusat Pelajaran Malaysia Barat (cawangan Negeri Pahang) dan bukan ahli seramai 161 orang dan selebihnya wakil dari Negeri2 di semenanjung Malaysia sahaja.
Antara program yang dijalankan : (Hari Pertama 02 Okt 2009) Pendaftaran Peserta ,
taklimat Suai Kenal,
Solat Maghrib/isyak berjemaah, tazkirah selepas solat maghrib oleh : Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Pegawai Khas MB Pahang),
Diskusi 1 oleh : En. Mustapa b. Hj Long (Pegawai Khas MB Pahang).
(Hari kedua 03 Okt 2009) Solat subuh berjemaah dan tazkirah selepas solat subuh oleh : Ustaz Ahmad Shah bin Jamlus (Penolong Pengarah Biro Tatanegara Negeri Pahang),
Diskusi 2 bersama Pengarah Pelajaran Pahang : YH Dato' Abdul Aziz b. Hj Abdul Latif,
Diskusi 3 oleh : En. Hamizi b. Yakub (Pengarah Biro Tatanegara Negeri Pahang),
Perasmian Penutup oleh YB Dato' Hj Mohamad Sahfri b. Abd Aziz (Exco Dakwah Islamiah, Perpaduan & NGO),
Penyampaian Cenderahati ,
sesi bergambar , diakhiri dengan Jamuan makan tengah hari dan bersurai.































Khamis, 27 Ogos 2009

Sejarah Penubuhan Kesatuan

1. TUJUAN KESATUAN
Tujuan utama kesatuan ini adalah untuk mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan orang lain, ahli dengan ahli, ahli dengan pekerja yang lain dan berikhtiar untuk menyelesaikan sebarang perselisihan di antara mereka iaitu dengan cara persahabatan dan bermuafakat serta memajukan kebajikan ahli dari segi kebendaan, kemasyarakatan dan pelajaran pada jalan yang diberkati yang difikirkan munasabah oleh persidangan perwakilan atau Majlis Jawatan Kuasa Agung.

2. KEAHLIAN
Sebagaimana hasrat kerajaan iaitu Kesatuan ( IN HOUSE UNION) keanggotaan kesatuan terbuka kepada semua pekerja-pekerja dalam bahagian 4 , kumpulan perusahaan dan buruh kasar (pada masa kini disebut kumpulan sokongan Gred N1 dan R1 yang terdiri daripada Pembantu Am Pejabat , Pembantu Am Rendah Makmal , Jaga dan Tukang Masak) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Institusi Pendidikan Guru, Sekolah-sekolah dan lain-lain Pusat Pelajaran di bawah bidang Kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertempat di Malaysia Barat.

3. TARIKH PENUBUHAN
07 HB APRIL 1962

4. NO.PENDAFTARAN
305

5. TUJUAN PENUBUHAN KESATUAN
5.1. Pada awal tahun 1950 hingga tahun 1960 pekerja-pekerja sekolah telah menghadapi beberapa masalah termasuk majikan mengambil tindakan sewenang-wenangnya. Maka dengan itu pekerja-pekerja sekolah di Malaysia Barat telah berbincang dan bersepakat untuk menubuhkan Kesatuan ini, dan akhirnya Kesatuan ini ditubuhkan pada 07 hb April 1960 dengan menggunakan nama rasminya KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT PUSAT PELAJARAN MALAYSIA BARAT.

5.2. Sebelum kesatuan ini ditubuhkan , pekerja-pekerja sekolah di bawah seliaan lembaga sekolah masing-masing tanpa memberi sebarang kemudahan seperti Rawatan Hospital, Cuti tahunan , Cuti Mingguan, Cuti am, Cuti Bersalin dan sebagainya. Mereka menerima gaji antara RM70.00 hingga RM90.00 sebagai gaji bulanan.

5.3. Pada tahun 1967 semua kakitangan kerajaan (selain daripada pekerja-pekerja sekolah) telah menerima gaji hari kepada gaji bulanan melalui Suruhanjaya DiRaja Sufian. Tetapi Kementerian Pendidikan tidak sanggup memberikan gaji seperti yang dicadangkan di dalam laporan Suruhanjaya DiRaja Sufian. Kementerian memberikan pelbagai alasan kepada Kesatuan bahawa pekerja-pekerja sekolah tidak layak dibayar gaji yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya tersebut kerana pekerja sekolah bukanlah kakitangan Kerajaan sebaliknya mereka bekerja di bawah kelolaan lembaga sekolah-sekolah.

5.4. Dalam Suruhanjaya DiRaja Aziz yang dikeluarkan pada 07/1968 menyatakan bahawa semua pekerja-pekerja hendaklah diberi secara Kontrak.

5.5. Ekoran dari penyataan tersebut Kesatuan telah mengambil keputusan untuk mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato' Onn dan di hadapan Rumah Persekutuan. Akhirnya , pada awal tahun 1972 Kementerian Pendidikan bersetuju untuk mengiktiraf semua pekerja-pekerja sebagai kakitangan tanpa menjalankan ujian temuduga dan pemeriksaan Doktor serta membayar gaji dan tunggakan seperti yang termaktub di dalam laporan suruhanjaya DiRaja Sufian.

6. HARAPAN KEPADA AHLI DAN BUKAN AHLI KESATUAN
Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat Pusat Pelajaran Malaysia Barat Cawangan Pahang mengharapkan ahli dan bukan ahli yang terdiri daripada Pembantu Am Pejabat, Pembantu Am Rendah (Makmal), Jaga dan Tukang Masak bergred N1 dan R1, memberi sokongan penuh kepada perjuangan Kesatuan , kerana kesatuan ini didaftarkan khas mewakili suara kakitangan kumpulan sokongan tersebut.


TENAGA memajukan NEGARA


Jawatankuasa Cawangan Pahang Sesi 2009-2010

Pengerusi Cawangan :
No.Ahli :18473
Nama :En.Mat Tarmizi bin Musa
Berkhidmat di :SMK Seri Semantan,Mentakab
Tel: 09 2776408 / 017 9739631

Setiausaha Cawangan :
No.Ahli :19339
Nama :En.Mohd Yussri bin Mat Yusuf
Berkhidmat di :SK LKTP Jengka 8,Bandar Jengka
Tel:09 2081439 / 019 9657587
email:yuss75_my@yahoo.com.my

Bendahari Cawangan :
No.Ahli :19329
Nama :En.Roslan bin Sulaiman
Berkhidmat di :SK Chat Benta Kuala Lipis
Tel:09 3125872 / 017 9753057

Ahli Jawatankuasa :

No.Ahli :19129
Nama :Pn.Rokiah bt Ahmad
Berkhidmat di :SMK Orang Kaya Haji Kuala Lipis
Tel:09 3121211 / 019 9403111

No.Ahli : 19666
Nama :En.Mohamed Faizal bin Abd Ghafar
Berkhidmat di :SK LKTP Jengka 13,Bandar Jengka
Tel:09 4862393/019 9762464
email:terganaz@yahoo.com
Blog : http://terganaz.blogspot.com,http://papjengka.blogspot.com

No.Ahli :19670
Nama :En.Mohamad Zairul bin Zainuddin
Berkhidmat di :SMK Bukit Damar,Lanchang
Tel:09 2805113

No.Ahli :19669
Nama :En.Rafsan Jani bin Ishak
Berkhidmat di :SMK Bera,Bandar 32, Triang
Tel:09 2459514 / 017 9389213

No.Ahli :19195
Nama :Pn.Badariah bt Awang
Berkhidmat di :SMK Setia Wangsa,Kuala Lipis
Tel: 09 3101221 / 019 9006074

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semoga dengan permulaan dan titik perubahan dalam kesatuan pada tahun ini serta tahun berikutnya akan mencapai matlamat serta peningkatan ahli dikalangan Kakitangan awam .Sudah berpuluhan tahun kesatuan memperjuangan kebajikan dan peningkatan perkhidmatan ahli-ahli serta bukan ahli.Amatlah diharapkan agar semua dapat bersama-sama menyertai agar dapat membantu kesatuan bersuara dengan lebih gagah dan perkasa. Terima Kasih.