Sabtu, 3 Oktober 2009

Seminar Kenegaraan 1 Malaysia Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat-Pusat Pelajaran Malaysia Barat (Cawangan Negeri Pahang)

02 & 03 Oktober 2009 (Jumaat & Sabtu), Seminar Kenegaraan 1 Malaysia Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat Pusat Pelajaran Malaysia Barat (Cawangan Pahang) telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN Pahang) ,Beserah , Kuantan. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pejabat YAB Menteri Besar Pahang dengan Kerjasama Pasukan Pelaksana GSPS Pahang. Peserta terdiri daripada Ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat Pusat Pelajaran Malaysia Barat (cawangan Negeri Pahang) dan bukan ahli seramai 161 orang dan selebihnya wakil dari Negeri2 di semenanjung Malaysia sahaja.
Antara program yang dijalankan : (Hari Pertama 02 Okt 2009) Pendaftaran Peserta ,
taklimat Suai Kenal,
Solat Maghrib/isyak berjemaah, tazkirah selepas solat maghrib oleh : Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Pegawai Khas MB Pahang),
Diskusi 1 oleh : En. Mustapa b. Hj Long (Pegawai Khas MB Pahang).
(Hari kedua 03 Okt 2009) Solat subuh berjemaah dan tazkirah selepas solat subuh oleh : Ustaz Ahmad Shah bin Jamlus (Penolong Pengarah Biro Tatanegara Negeri Pahang),
Diskusi 2 bersama Pengarah Pelajaran Pahang : YH Dato' Abdul Aziz b. Hj Abdul Latif,
Diskusi 3 oleh : En. Hamizi b. Yakub (Pengarah Biro Tatanegara Negeri Pahang),
Perasmian Penutup oleh YB Dato' Hj Mohamad Sahfri b. Abd Aziz (Exco Dakwah Islamiah, Perpaduan & NGO),
Penyampaian Cenderahati ,
sesi bergambar , diakhiri dengan Jamuan makan tengah hari dan bersurai.