Isnin, 31 Disember 2012




SELAMAT TAHUN BARU 2013
KEPADA SEMUA AHLI KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT-PUSAT PELAJARAN MALAYSIA BARAT CAWANGAN PAHANG ,
SEMOGA DI TAHUN 2013 INI , PERKHIDMATAN KITA AKAN LEBIH CEMERLANG , GEMILANG DAN TERBILANG , INSYAALLAH ....

IKHLAS DARIPADA :

PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA
KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT-PUSAT PELAJARAN MALAYSIA BARAT 
CAWANGAN PAHANG ..

Sabtu, 29 Disember 2012

CUEPACS: 45,000 KAKITANGAN DISAMBUNG KONTRAK 6 BULAN

  

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari sehingga hujung bulan Jun nanti.


"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.

Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.

Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari.

Katanya, selain itu cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit.

"Setahun ada 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambil cuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambil cuti tanpa gaji," katanya.

Beliau juga meminta penjawat awam yang mahu menunaikan umrah dibenar mengeluarkan caruman daripada simpanan gratuiti perkhidmatan antara RM5,000 dan  RM10,000.

Wang tersebut boleh diganti semula selepas mereka bersara nanti menggunakan duit pencen mereka, katanya.

"Cara ini lebih sesuai kerana kakitangan kerajaan tidak mempunyai KWSP tetapi mempunyai simpanan gratuiti perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan orang ramai mengeluarkan wang daripada akaun kedua mereka untuk menunaikan umrah.

Cuepacs juga hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya.

Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.

Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.

"Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman 2-3 kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan," katanya. - Bernama


- Sinar Harian 27/12/2012

PENJAWAT AWAM BAKAL DAPAT PERLINDUNGAN

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal mendapat perlindungan sebaik-baiknya jika cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam yang dikemukakan Suruhanjaya Khas bagi Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam diterima kerajaan.Pengerusi suruhanjaya khas itu, Tun Zaki Azmi berkata, penambahbaikan itu meliputi 19 cadangan yang akan dikemukakan kepada Kabinet selewat-lewatnya Januari ini.Jelas beliau, antara bentuk perlindungan itu adalah isu kenaikan gaji penjawat awam yang dibincangkan bersama enam anggota suruhanjaya tersebut.
"Kajian ini juga menentukan kakitangan awam akan dapat perlindungan daripada kerajaan, namun terpulang kepada kerajaan menerima atau tidak cadangan ini."Walau bagaimanapun, isu kenaikan gaji bukan perkara utama, tetapi fokus kita adalah menambah baik sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Pada Jun lalu, kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.
Suruhanjaya tersebut diberi mandat mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan dan perakuan itu akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.Dalam pada itu, Zaki berkata, suruhanjaya yang turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman tersebut telah selesai membuat perbincangan bagi tujuan itu.
Jelas beliau, laporan kajian tersebut akan memberikan situasi menang-menang antara penjawat awam dan rakyat keseluruhannya."Laporan kajian ini hampir 100 peratus siap dan kita masih menerima cadangan daripada mana-mana pihak jika mahu berbuat demikian."Apa yang penting kita mahu memperbaiki mutu sistem penyampaian dan jika rakyat sudah boleh menerima, rakyat pun tidak akan marah kalau mahu naik gaji," katanya.
 
- Utusan Malaysia 27/12/2012

Isnin, 10 Disember 2012

Keputusan Pemilihan Majlis Tertinggi Pusat KKPPPP Malaysia Barat 2012 ~ 2014

Keputusan Pemilihan Majlis Tertinggi Pusat
KKPPPP Malaysia Barat 2012~2014

YDP
En. Wan Azmi bin Wan Kasim
SMK Kuala Krai, Kelantan

NYDP
En. Othman bin Ismail
SJKC Sum Min, Pulau Pinang

Setiausaha
En. Zainuddin bin Nordin
SMK Kuala Perlis, Perlis

Penolong Setiausaha
En. Harun bin Abu Bakar
SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Bendahari
En. Jalani bin Sulaiman
SMK Alam Shah, Putrajaya


TAHNIAH !!
DARIPADA PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA  KKPPPPMB CAWANGAN PAHANG

Ahad, 9 Disember 2012

MESYUARAT PERSIDANGAN PERWAKILAN 2012

MESYUARAT PERSIDANGAN PERWAKILAN KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT PUSAT PELAJARAN MALAYSIA BARAT
IBU PEJABAT BAGI PENGGAL 2012 ~ 2014

TARIKH : 8 DISEMBER 2012 (SABTU)
TEMPAT : IBU PEJABAT KKPPPP MALAYSIA BARAT, JALAN KEMUJA OFF JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR.

PERWAKILAN CAWANGAN PAHANG :
1. EN. MAT TARMIZI BIN MUSA (SMK SERI SEMANTAN, MENTAKAB)
2. EN. MOHD YUSSRI B. MAT YUSUF (SK LKTP JENGKA 8, JENGKA)
3. EN. ROSLAN BIN SULAIMAN (SK CHAT, BENTA)
4. EN. MOHAMED FAIZAL B. ABD GHAFAR (SK KUALA BERA, BERA)
5. EN. ISMAIL B. YAAKOB (SK GUAI, TEMERLOH)

Khamis, 1 November 2012

Gaji Kakitangan Awam Naik Tahun 2013


Berita baik untuk kakitangan awam, gaji penjawat awam 2013 dijangka naik lagi pada tahun depan (2013), berikut petikan laporan dari Bernama:-



MELAKA- Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.



Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.



“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.



Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.



Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.



Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.



“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.



Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.



Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. ~bernama







Read more: http://www.nescafeais.com/gaji-penjawat-awam-naik-lagi-tahun-2013/#ixzz2AyeSMFeI

Selasa, 2 Oktober 2012

PEMBERIAN BONUS 1 1/2 BULAN TERBAIK SETAKAT INI - CUEPACS

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pemberian bonus satu setengah bulan kepada 1.3 juta penjawat awam adalah pemberian bonus terbaik yang pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Beliau berkata pemberian bonus itu juga membuktikan bahawa kemampuan kerajaan dari segi kewangan.

"Kerajaan pastinya telah mengkaji semua perkara sebelum membuat keputusan memberi bonus itu. Ia menunjukkan kerajaan perihatin dengan kehendak penjawat awam dan sentiasa berusaha memenuhi permintaan mereka setiap tahun.

"Cuepacs juga melihatnya sebagai bukti bahawa negara mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik," katanya.

Beliau mengulas pengumuman pemberian bonus oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Omar berkata kesediaan kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar untuk pemberian bonus juga dilihat dapat membawa kesejahteraan kepada penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Cuepacs amat berterima kasih dengan pemberian bonus ini dan berharap penjawat awam dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka. Jadikanlah bonus ini sebagai pembakar semangat untuk gigih bekerja," katanya.

Beliau berkata Cuepacs juga menyambut baik mengenai pembinaan 123,000 unit rumah mampu milik di kawasan-kawasan strategik termasuk di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang) tahun depan kerana ia adalah antara yang dimahukan penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau masih berharap kerajaan dapat menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan dari 4 peratus kepada 1 peratus untuk mengurangkan beban pinjaman perumahan kakitangan awam.

-- BERNAMA

MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI KKPPPP MALAYSIA BARAT KALI KETIGA 2012






 
Mesyuarat Majlis Tertinggi Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat-Pusat Pelajaran Malaysia Barat
Bertempat di Ibu Pejabat KKPPPP Malaysia Barat , Jalan Kemuja off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
pada 29 September 2012..(Sabtu)..

Ahli Majlis Tertinggi Negeri Pahang ialah Encik Mat Tarmizi bin Musa (Timbalan YDP KKPPPPMB) dan Encik Mohd Yussri bin Mat Yusuf (Setiausaha KKPPPPMB Cawangan Pahang)..

Agenda :
1.  Ucapan Yang DiPertua KKPPPP Malaysia Barat
     En. Wan Azmi bin Wan Kasim

2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
     En. Mohamed Ismail b. Abdul Kadar (Setiausaha Agung KKPPPP Malaysia Barat)

3. Perkara Berbangkit

4. Laporan Penyata Kewangan
    En. Md Jalani b. Sulaiman (Bendahari Agung KKPPPP Malaysia Barat)


5. Membincangkan Mesyuarat Agung Perwakilan 2012/2014
    Tarikh :
    Masa  :
    Tempat :

6. Lain-lain Hal

7. Penangguhan.

Ahad, 23 September 2012

Mesyuarat AJK KKPPPPMB Cawangan Pahang Kali 1/2012 (AJK Baru dilantik)


Mesyuarat AJK KKPPPPMB Cawangan Pahang Kali 1/2012..
diadakan di SK Chat , Benta. seramai 10 orang yang hadir . seorang tidak dapat hadir kerana ada sebab-sebab tertentu.
Alhamdulillah .. telah mengambil kata sepakat dan persetujuan di atas beberapa perkara ... berkaitan kesatuan cawangan pahang.

Khamis, 20 September 2012

BELANJAWAN : PENJAWAT AWAM SEDIA KERJA LEBIH WAKTU JIKA TUNTUTAN DIPENUHI


Bernama
20/9/2012

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.

"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

-- BERNAMA

Selasa, 11 September 2012

CUEPACS HARAP KERAJAAN BERI BONUS TERBAIK KEPADA PENJAWAT AWAM

10/9/2012
KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad.

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.

-- BERNAMA

Ahad, 19 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MULIA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN ....
JALINKAN SILATURRAHIM SESAMA KITA .. KUNJUNG MENGUNJUNG SESAMA SAUDARA DI HARI RAYA INI, MOGA DIBERKATI ALLAH SELALU, INSYAALLAH ...

IKHLAS DARI KAMI :
PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA
KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT-PUSAT PELAJARAN MALAYSIA BARAT
CAWANGAN PAHANG
(hamizi, yussri, ismail, faizal, zairul, roslan, fatimah dan hawa)

Jumaat, 3 Ogos 2012

Cuepacs cadang imbuhan tetap perumahan diselaras



PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.


Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.


"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.


"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.


Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.


Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan. 


"Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya.


Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.


Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.


"Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini," katanya. - Bernama


Sumber http://www.sinarharian.com.my/nasional/cuepacs-cadang-imbuhan-tetap-perumahan-diselaras-1.72938

Sabtu, 28 Julai 2012

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI KKPPPPMB CAWANGAN PAHANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Kepada Semua Ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat-Pusat Pelajaran Malaysia Barat Cawangan Pahang yang ingin membuat sumbangan berbentuk baju-baju terpakai untuk diagihkan kepada murid Peribumi Peringkat Daerah Lipis sempena PROGRAM ZIARAH SILATURRAHIM DI AMBANG SYAWAL MURID PRIBUMI PERINGKAT DAERAH LIPIS .. Berminat sila hubungi En. Mohd Yussri b. Mat Yusuf  no hp : 0179317591 atau En. Roslan b. Sulaiman no.hp : 0179753057 ...
Majlis Penyerahan tersebut akan diadakan pada 8-9 Ogos 2012.

Khamis, 26 Julai 2012

25 Julai 2012

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN

Bernama
25/7/2012
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

-- BERNAMA

Khamis, 12 Julai 2012

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA AHLI

KEPADA SEMUA AHLI KKPPPP CAWANGAN PAHANG ANDA DIJEMPUT HADIR KE SEMINAR DAN MESYUARAT AGUNG SEPERTI KETETAPAN DI BAWAH :


SEMINAR PERKHIDMATAN KAKITANGAN SOKONGAN II (PENDIDIKAN) PERINGKAT NEGERI PAHANG
TARIKH : 14 JULAI 2012 (SABTU)
MASA    : 10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN KEDIAMAN RASMI Y.A.B MENTERI BESAR PAHANG

MESYUARAT AGUNG KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT-PUSAT PELAJARAN CAWANGAN PAHANG KALI KE 19/2012
TARIKH : 14 JULAI 2012 (SABTU)
MASA  : 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN KEDIAMAN RASMI Y.A.B MENTERI BESAR PAHANG

Rabu, 20 Jun 2012

YB Dato' Hj Tan Mohd Aminuddin bin Ishak Meninggal Dunia ...

Selasa ,19 Jun 2012 bersamaan 29 Rejab 1433H . EXCO Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin bin Ishak telah meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh jam 9 pagi . Semua Ahli Jawatankuasa Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pusat-Pusat Pelajaran Cawangan Negeri Pahang mengucapkan Takziah kepada Keluarga beliau. Semoga Rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL FATIHAH.

Sabtu, 9 Jun 2012

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI KKPPPPMB CAWANGAN PAHANG

PROGRAM SEMINAR DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 19/2012
DITUNDA KEPADA TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK ...
HARAP MAKLUM