Isnin, 31 Disember 2012




SELAMAT TAHUN BARU 2013
KEPADA SEMUA AHLI KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT-PUSAT PELAJARAN MALAYSIA BARAT CAWANGAN PAHANG ,
SEMOGA DI TAHUN 2013 INI , PERKHIDMATAN KITA AKAN LEBIH CEMERLANG , GEMILANG DAN TERBILANG , INSYAALLAH ....

IKHLAS DARIPADA :

PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA
KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT-PUSAT PELAJARAN MALAYSIA BARAT 
CAWANGAN PAHANG ..

Sabtu, 29 Disember 2012

CUEPACS: 45,000 KAKITANGAN DISAMBUNG KONTRAK 6 BULAN

  

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari sehingga hujung bulan Jun nanti.


"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.

Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.

Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari.

Katanya, selain itu cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit.

"Setahun ada 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambil cuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambil cuti tanpa gaji," katanya.

Beliau juga meminta penjawat awam yang mahu menunaikan umrah dibenar mengeluarkan caruman daripada simpanan gratuiti perkhidmatan antara RM5,000 dan  RM10,000.

Wang tersebut boleh diganti semula selepas mereka bersara nanti menggunakan duit pencen mereka, katanya.

"Cara ini lebih sesuai kerana kakitangan kerajaan tidak mempunyai KWSP tetapi mempunyai simpanan gratuiti perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan orang ramai mengeluarkan wang daripada akaun kedua mereka untuk menunaikan umrah.

Cuepacs juga hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya.

Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.

Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.

"Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman 2-3 kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan," katanya. - Bernama


- Sinar Harian 27/12/2012

PENJAWAT AWAM BAKAL DAPAT PERLINDUNGAN

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal mendapat perlindungan sebaik-baiknya jika cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam yang dikemukakan Suruhanjaya Khas bagi Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam diterima kerajaan.Pengerusi suruhanjaya khas itu, Tun Zaki Azmi berkata, penambahbaikan itu meliputi 19 cadangan yang akan dikemukakan kepada Kabinet selewat-lewatnya Januari ini.Jelas beliau, antara bentuk perlindungan itu adalah isu kenaikan gaji penjawat awam yang dibincangkan bersama enam anggota suruhanjaya tersebut.
"Kajian ini juga menentukan kakitangan awam akan dapat perlindungan daripada kerajaan, namun terpulang kepada kerajaan menerima atau tidak cadangan ini."Walau bagaimanapun, isu kenaikan gaji bukan perkara utama, tetapi fokus kita adalah menambah baik sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Pada Jun lalu, kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.
Suruhanjaya tersebut diberi mandat mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan dan perakuan itu akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.Dalam pada itu, Zaki berkata, suruhanjaya yang turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman tersebut telah selesai membuat perbincangan bagi tujuan itu.
Jelas beliau, laporan kajian tersebut akan memberikan situasi menang-menang antara penjawat awam dan rakyat keseluruhannya."Laporan kajian ini hampir 100 peratus siap dan kita masih menerima cadangan daripada mana-mana pihak jika mahu berbuat demikian."Apa yang penting kita mahu memperbaiki mutu sistem penyampaian dan jika rakyat sudah boleh menerima, rakyat pun tidak akan marah kalau mahu naik gaji," katanya.
 
- Utusan Malaysia 27/12/2012

Isnin, 10 Disember 2012

Keputusan Pemilihan Majlis Tertinggi Pusat KKPPPP Malaysia Barat 2012 ~ 2014

Keputusan Pemilihan Majlis Tertinggi Pusat
KKPPPP Malaysia Barat 2012~2014

YDP
En. Wan Azmi bin Wan Kasim
SMK Kuala Krai, Kelantan

NYDP
En. Othman bin Ismail
SJKC Sum Min, Pulau Pinang

Setiausaha
En. Zainuddin bin Nordin
SMK Kuala Perlis, Perlis

Penolong Setiausaha
En. Harun bin Abu Bakar
SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Bendahari
En. Jalani bin Sulaiman
SMK Alam Shah, Putrajaya


TAHNIAH !!
DARIPADA PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA  KKPPPPMB CAWANGAN PAHANG

Ahad, 9 Disember 2012

MESYUARAT PERSIDANGAN PERWAKILAN 2012

MESYUARAT PERSIDANGAN PERWAKILAN KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PUSAT PUSAT PELAJARAN MALAYSIA BARAT
IBU PEJABAT BAGI PENGGAL 2012 ~ 2014

TARIKH : 8 DISEMBER 2012 (SABTU)
TEMPAT : IBU PEJABAT KKPPPP MALAYSIA BARAT, JALAN KEMUJA OFF JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR.

PERWAKILAN CAWANGAN PAHANG :
1. EN. MAT TARMIZI BIN MUSA (SMK SERI SEMANTAN, MENTAKAB)
2. EN. MOHD YUSSRI B. MAT YUSUF (SK LKTP JENGKA 8, JENGKA)
3. EN. ROSLAN BIN SULAIMAN (SK CHAT, BENTA)
4. EN. MOHAMED FAIZAL B. ABD GHAFAR (SK KUALA BERA, BERA)
5. EN. ISMAIL B. YAAKOB (SK GUAI, TEMERLOH)