Jumaat, 15 November 2013

Program Trade Union Training On Leadership And Raconteur (TETULAR)
Tarikh : 13 hingga 15 November 2013
Bertempat di The Zenith Hotel , Kuantan, Pahang








Jumaat, 8 November 2013

Perjuangan Ahli Kesatuan Sekerja

 

Media Cuepacs
7/11/2013
 
 Assalammualaikum,

Kepada semua rakan FB yang menjadi Penjawat Awam,apabila Pekeliling Perkhidmatan tentang Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan keluar di Portal JPA semalam,ramai yang memberikan pandangan samaada pro atau kontra tentang pekeliling tersebut.

Ada yang merasa dukacita kerana jawatan mereka tiada perubahan,ada yang gembira.Mengapa Skim perkhidmatan Juruteknik J17,J22,J26 mendapat keutamaan?Untuk Makluman semua isu ini bukanlah baru....KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEMALAYSIA (MTSU) sebuah kesatuan sekerja yang khusus untuk Penolong Jurutera,Juruteknik dan semua staf Teknikal telah memperjuangkan isu ini lebih 25 TAHUN....bukan baru setahun dua isu ini dibangkitkan....ramai yang tak tahu tentang perkara ini tapi saya tahu kerana saya bersahabat baik dengan Saudara Shuhaimi Dato' Othman,Presiden MTSU.

Untuk makluman semua,selain CUEPACS,MTSU juga bergabung didalam MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA PEKERJA SAINS DAN TEKNOLOGI BAGI KUMPULAN PELAKSANA atau singkatannya MBK S&T.MBK S&T adalah suatu MAJLIS RUNDINGAN terdiri dari Pihak Pegawai dipengerusikan oleh KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA dan wakil pihak pegawai terdiri dari wakil Kementerian,Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

Wakil Pihak Pekerja terdiri seramai 30 orang yang terdiri dari wakil-wakil Kesatuan Sekerja dari pelbagai perjawatan seperti Juruteknik,Penolong Jurutera,Pkerja Awam,Pekerja Awam Khas,Tukang K2,Pembantu Makmal,Pemandu Kenderaan dan pelbagai lagi perjawatan.Majoriti dari Wakil Pihak Pekerja ini adalah pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja yang turut aktif diperingkat Cuepacs.

MBK S&T ditubuhkan dan dikelolakan oleh JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) dan dalam masa setahun 2 kali mesyuarat penuh yang dihadiri oleh PIHAK MAJIKAN dan PIHAK PEKERJA diadakan.Disinilah PIHAK PEKERJA akan membentangkan kertas kerja yang disediakan oleh Kesatuan masing-masing dan PIHAK PEGAWAi akan membuat keputusan atas permohonan tersebut.Konsep perbincangan dan Musyawarah amat dititikberatkan.

Saya sendiri adalah salah seorang dari 30 orang Ahli Majlis Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan Sains Dan Teknologi.Saya terlibat didalam pembentangan kertaskerja untuk penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pekerja Awam,Pekerja Awam Khas,Tukang K1,Tukang K2 dan lain lain perjawatan didalam Gred Mahir Separuh Mahir dan Tidak Mahir bersama rakan-rakan ahli Majlis yang lain seperti Saudara Sayuti Dollah dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja JKR dan Air,Saudara Rosli Said dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Kedah,saudara Azman Ahmad dari Kesatuan Pekerja Pekerja Awam Kerajaan Negeri Johor,Saudara Kamaruddin Ahmad dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Melaka,Saudara Munian Appo dari KEsatuan Pekerja-Pekerja DBKL dan Saudara Amir Izham Akim dari KESATRIA .Kami berjuang disebalik tabir.Alhamdulillah selepas 5 tahun menunggu akhirnya JPA telah mengeluarkan Pekeliling Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Mahir Separuh Mahir dan Tidak Mahir yang merangkumi jawatan-jawatan yang saya sebutkan diatas.

Untuk makluman semua,Skim-Skim Perkhidmatan yang tidak terlibat akan turut dirombak semula cuma kepada yang terlibat bersabarlah menunggu.Kita memohon sesuatu kepada pihak Kerajaan bukan sekadar bercakap sahaja,kita mesti mengemukakan kertas kerja.Kerajaan melalui JPA pula TIDAK BOLEH SEWENANG WENANGNYA MEMBUAT KEPUTUSAN tanpa merundingkan perkara ini bersama pihak-pihak yang berkepentingan seperti KETUA KETUA JABATAN PERSEKUTUAN,KERAJAAN NEGERI DAN BADAN-BADAN BERKANUN dan tidak ketinggalan PERBENDAHARAAN NEGARA.

Didalam Pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA semalam,beberapa Skim Perkhidmatan telah DINAIKTARAF kelayakan Akademik contohnya Skim Perkhidmatan PEKERJA AWAM R1-R4 yang dulunya kelayakan masuk adalah Tamat Darjah 6 tetapi kini telah diubah kepada Gred H11 dan kelayakan masuknya adalah PMR.Kalau dulu gaji maksimum R4 adalah RM2007 tetapi kini gaji maksimum H11 adalah RM2619.Saudara saudari kiralah sendiri berapa jumlah kenaikannya.Apa yang ingin saya TEKANKAN disini ialah APABILA SESUATU SKIM PERKHIDMATAN ITU DINAIK TARAF KELAYAKAN AKADEMIKNYA BERMAKNA AKAN MENINGKAT JUGALAH GAJI MAKSIMUM PERJAWATAN TERSEBUT.Ini yang saudara saudari kena FAHAM.

Sebelum saya berundur diri,SUKA SAYA MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN FB,APA YANG SEMUA PENJAWAT AWAM NIKMATI PADA HARI INI DAN SEBELUM INI ADALAH HASIL USAHA PENAT LELAH PEMIMPIN PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA YANG BERJUANG DIDALAM CUEPACS DAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN.Walaupun Kerajaan turut MENGAMBIL PANDANGAN orang awam,TETAPI CUEPACS DAN MBK ADALAH RAKAN KONGSI PERUNDINGAN DENGAN KERAJAAN YANG UTAMA.Hinggakan semasa Y.Bhg Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa dilantik sebagai KSN tempohari,pihak pertama yang akan beliau akan jumpa selepas dilantik sebagai KSN adalah CUEPACS.Ini menunjukkan BELIAU AMAT MENGHORMATI DAN MENYANJUNG TINGGI peranan CUEPACS.

Wujudnya CUEPACS adalah hasil dari pemuafakatan 140 Kesatuan Sekerja Penjawat Awam dinegara ini termasuklah kesatuan saya KESATUAN PEKERJA PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.Kami berjuang memohon kenaikan taraf SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA AWAM,PEKERJA AWAM KHAS,TUKANG K1.K2,K3,OPERATOR LOJI ,PENJAGA JENTERA ELEKTRIK dan PEMANDU melalui KERTASKERJA yang kami buat dan dibentangkan diperingkat CUEPACS dan MBK.SELEPAS 5 tahun bertungkus lumus akhirnya KAMI berjaya dan Saudara Saudari pun telah lihat hasilnya semalam.SETELAH BERUSAHA KITA SEBAGAI ORANG ISLAM WAJIB BERDOA,MEMOHON DAN BERSERAH KEPADA ALLAH.

Kerajaan HANYA mengiktiraf KESATUAN-KESATUAN SEKERJA didalam MEMPERJUANGKAN sesuatu perkara dan KERAJAAN tidak MENGIKTIRAF ORANG PERSEORANGAN didalam memperjuangkan sesuatu perkara.

Kepada yang sudah menjadi AHLI KESATUAN,syabas tahniah dan terima kasih tidak terhingga dari saya selaku seorang pemimpin kesatuan sekerja kepada saudara saudari yang SANGGUP MEMOTONG GAJI UNTUK MEMBAYAR YURAN KESATUAN SEKERJA bagi menyokong perjuangan kita.

Bagi YANG BELUM LAGI menjadi AHLI KESATUAN,BERUSAHALAH untuk mengisi borang menjadi AHLI KESATUAN ditempat saudara saudari bertugas.JANGANLAH HANYA MAHU MENJADI PEUMPANG SAHAJA,BERUSAHALAH UNTUK TURUT MENJADI PENYUMBANG.Kebanyakan KESATUAN SEKERJA di Malaysia ini yuran ahlinya TAK ADA PUN yang sampai RM20-30 sebulan,kebanyakannya diantara RM2,RM3 HINGGALAH RM10.

Bagi Penjawat Awam lelaki yang merokok,saudara boleh membeli sekotak rokok yang harganya RM4-5 sekotak sehari,tetapi BERAT SANGATKAH untuk memotong gaji membayar yuran ahli kesatuan RM6 SEBULAN bersamaan 20 SEN SEHARI sedangkan 20 SEN SEHARI ITULAH yang memeperjuangkan naik taraf skim perkhidmatan,bonus dan pelbagai elaun yang kita nikmati selama ini?

Penjawat Awam wanita pula sanggup berhutang membeli kain dibuat baju kurung yang dibawa oleh penjual kain yang datang kepejabat dengan 2-3 kali bayaran,tetapi NAK JADI AHLI KESATUAN pun berkira sangat.

JANGAN JADIKAN ALASAN TIDAK MENDAPAT MAKLUMAT ATAU TIDAK TAHU UNTUK MENDAPATKAN BORANG MENJADI AHLI KESATUAN.Dunia sekarang adalah DUNIA IT,semua maklumat dihujung jari.CARILAH MAKLUMAT KESATUAN SEKERJA DITEMPAT ANDA BERTUGAS atau hubungi pejabat CUEPACS 03-9285 3110 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apabila mendapat "durian runtuh" CUEPACS langsung dilupakan,SEPATAH UCAPAN TERIMA KASIH pun AMAT MAHAL NILAINYA nak diluahkan dari mulut,TETAPI APABILA SESUATU RUNDINGAN BELUM BERJAYA ATAU BELUM TERLAKSANA,kami pejuang-pejuang KESATUAN SEKERJA DIDALAM CUEPACS DIKUTUK,DICACI, DENGAN KATA KATA KESAT BERBAKUL-BAKUL,"tak buat kerjalah","makan elaun haramlah","tak boleh buat kerja letak jawatanlah" dan macam-macam lagi kata nista yang dilemparkan terutama Presiden Cuepacs Dato' Omar Osman dikritik bertalu-talu.Adilkah kami dilayan begini......................................

IZHAM KU ZAIFAH,
TIMBALAN PRESIDEN
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Selasa, 5 November 2013